Ayuh..ICT savvy
   Laman Utama
Berita Hubungi Kami  |  Maklumbalas     
 

 Pengenalan

Pusat Internet Desa ini telah dibuka kepada orang ramai mulai Nov 2003 sehingga kini. Penubuhan PID ini adalah dibawah Kementerian, Air & Tenaga (KTAK) dan hasil kerjasama dengan Pos Malaysia yang sudi menyediakan kawasan bagi membina 'ANEX' iaitu bangunan untuk PID.

Pusat Internet Desa Kuala Krai
d/a: Pejabat Pos Kuala Krai,

Lot PT 4011, Lebuhraya Kuala Krai / Gua Musang,
18000 Kuala Krai,
Kelantan Darul Naim.


 Artikel Semasa

Tengku Mahkota Kelantan Dilantik Pemangku Raja
Tuesday, 29 September 2009 12:27PM

KOTA BHARU, 30 Jamadil Awal 1430 – Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd. Aiseri Alias malam tadi telah mengadakan sidang akhbar mengenai Perisytiharan Kerajaan Negeri sebagaimana berikut.

PELANTIKAN PEMANGKU RAJA DI BAWAH PERENGGAN (b) FASAL (1) DAN (3) PERKARA 22A

UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN TUBUH KERAJAAN KELANTAN (BAHAGIAN YANG KEDUA)

Bahawasanya menurut perenggan (b) Fasal (1) dan (3) Perkara 22A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) hendaklah ada satu Pangkuan Raja di dalam Negeri apabila Kebawah Duli yang Maha Mulia Al-Sultan gering tidak boleh menjalankan hal ehwal Negeri, maka Majlis Perajaan Negeri hendaklah melantik seorang Pemangku raja atau satu Majlis Pangkuan raja.

MAKA ADALAH DIISYTIHARKAN BAGI PENGETAHUAN ORANG RAMAI pada menjalankan kuasa-kuasa yang tersebut, Majlis Perajaan Negeri yang bremesyuarat pada hari ini, Ahad 29 haribulan Jamadil Awal 1430H bersamaan dengan 24 haribulan Mei 2009 pada pukul 3.00 petang bertempat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Kota Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan telah bersetuju melantik Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra, D.K, S.P.M.K., (Tengku Mahkota Kelantan) menjadi Pemangku Raja semasa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra, D.K, D.M.N, D.K (Negeri Sembilan), D.K. (Selangor), D.K. (Johor), D.K. (Kedah), D.K.

(Perak), D.K. (Terengganu), D.K. (Perlis), D.K.M.B. (Brunei), D.P.S.S. (Sarawak), D.P. (Sarawak), S.P.M.K., S.J.M.K., S.P.K.K., S.P.S.K., Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Kelantan gering dan tidak boleh menjalankan hal ehwal Negeri. Pelantikan ini adalah berkuat kuasa mulai pada hari ini, Ahad 29 haribulan Jamadil Awal 1430H bersamaan dengan 24 haribulan Mei 2009 sehinggalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan sembuh daripada kegeringan itu.

Termaktub di Kota Bharu
Pada        29 haribulan Jamadil Awal 1430H
Bersamaan    24 haribulan Mei 2009

Dengan Perintah,


Dato’ Mohd Aiseri Bin Alias
Setiausaha Kerajaan Kelantan  


 


 Galeri Gambar



Menu

Kelab Usahawan Sosial
KKS 2010
PID Kuala Krai
Organisasi
Kuala Krai
Pertanian
Pendidikan
Pelancongan
Kesihatan
Keusahawanan
Keselamatan
Infrastruktur
Seni Budaya
Belia
Wanita
Pautan Laman Web
Akhbar Tempatan
Maklum Balas

Kalendar Peristiwa

  No Events

Undian

Adakah anda berpuas hati dengan laman web dan kandungan tempatan PID kami

Ya, berpuas hati.
Perlu Dibaiki Lagi.